Anda boleh dilawai melalui jalan darat sama ada memandu sendiri atau teksi dari Kuala Besut atau Jerteh. Melalui jalan dari Jerteh ke Kuala Besut, terdapat sebuah pintu gerbang pada tepi laluan di Pengkalan Nyireh dan terus masuk dan ikut papan tanda arah untuk menuju ke Pantai Bukit Keluang. Dalam perjalanan, anda akan melewati pelbagai bangunan seperti MRSM Besut, Maktab Perguruan dan Pusat Latiham Islam Wilayah Timur.
Seperti juga pantai lain yang terdapat di Besut, keindahan semulajadi merupakan tarikan utama, pasir pantai yang bersih, bukit yang tersergam megah, lautan yang kebiruan selain keindahan pulau-pulau kecil yang boleh dilihat dari tepi pantai. Kehijuan hutan yang belum terusik mendamaikan mata yang memandang. Abadikan kenang-kenangan bersama keluarga dengan lensa anda.
Di pantai ini anda juga boleh mandi manda. Tempat mandi untuk bilasan juga disediakan. Selain daripada itu terdapat juga pelbagai kemudahan lain seperti restoran, tandas awam dan wakaf untuk berehat.
No comments:
Post a Comment