Masjid Hadhari Bandar Jerteh ini dibina bagi mengantikan Masjid Bandar Jerteh di atas tapak yang sama pada tahun 1965, yang hanya boleh memuatkan jemaah seramai 500 orang. Memandangkan keperluan semasa pihak kerajaan negeri telah merancang untuk membina sebuah masjid yang lebih besar bagi menampung jemaah yang semakin rami.
Masjid Hadhari ini dibina pada tahun 2005 dan telah siap dan mula digunakan pada tahun 2008 dengan kos pembinaan sebanyak RM24 juta. Masjid ini berseni binakan ciri-ciri sebuah masjid di Cordoba Sepanyol yang menarik dan cukup terkenal pada zaman kegemilangan Kerajaan Andalusia. Ia dipenuhi oleh gerbang-gerbang yang dicat secara berjalur dan diukir dengan ukiran yang menarik
Rekabentuk masjid di bahagian luar adalah berasaskan pada seni bina Masjid Nabi di Madinah dengan 4 menara utama bagi melambangkan asal kejadian manusia berunsurkan tanah, air, api dan angin. Manakala 5 buah kubah bermaksud Rukun Islam serta ditambah kubah di porch menjadi 6 Rukun Iman.
Selain daripada menyediakan ruang solah dan dewan seminar, terdapat juga beberapa kedai yang menjual pelbagai keperluan ibadah di dalam kawasan masjid ini. Malahan terdapat lift yang boleh dugunakan untuk naik ke ruang solat di sebelah atas. Masjid ini agak aktif dengan pelbagai pengisian dan mungkin dan anda boleh berpeluang mengikutinya lantaran ianya terletak hanya kira-kira 5 km daripada Homestay Al-Mawaddah.
No comments:
Post a Comment