Apabila menginap di Homestay kami, anda sebenarnya tidak mempunyai banyak masalah untuk mendapatkan juadah sama ada untuk sarapan pagi, tengahari atau malam. Terdapat pelbagai gerai atau kedai makan sama ada di tepi-tepi jalan atau di Bandar Jertih. Jika di bandar Jertih, jangan lupa mengunjungi Medan Selera Jertih yang terletak di pusat bandar. Ianya dibuka sejak 3.00 petang sehingga larut malam.
Disini anda boleh mencuba untuk merasa beberapa juadah istimewa atau tradisional masyarakat setempat dengan harga yang istimewa. Mungkin anda sendiri tidak mempercayainya. Antaranya ialah nasi air, laksam dan ayam percik.
Sekiranya mahu menukar selera, anda boleh mencuba pelbagai juadah western, juazdah popular rakyat Malaysia, masakan utara serta selatan Thai.
Selain daripada kedudukannya yang terletak ditengah-tengah bandar Jertih, dikelilingi pelbagai kemudahan, kedai dan pusat membeli-belah, disediakan juga taman permainan bagi anak-anak.








No comments:
Post a Comment