Air Terjun Lata Tembakah

Air Terjun Lata Tembakah mungkin merupakan antara air terjun tercantik di Malaysia. Kalaupun tidak, tercantik di Terengganu. Air terjun ini terletak di Hutan Simpan Pelagat berdekatan kampung Jabi, Jertih kira-kira 24 km ke selatan daripada bandar Jertih dan 130 km dari Kuala Terengganu. Jangan lepaskan peluang untuk berkelah, bermandi manda menikmati kesejukan dan kesegaran air terjun ini apabila berkunjung ke Jertih serta menginap di Homestay Al-Mawaddah.. Ia memang tidak asing bagi penduduk tempatan serta pengunjung dari Kelantan.


Lata Tembakah ini mempunyai tujuh tingkat air terjun dan banyak kolam-kolam takungan untuk anda bermandi-manda dengan persekitaran yang indah untuk diabadikan dengan kamera anda. Namun anda perlu berjalan dari satu kolam ke satu kolam sekiranya mahu mengunjungi setiap kolam.


Bagi yang membawa keluarga terutamanya anak kecil, kolam-kolam takungan di tingkat satu dan dua selalu menjadi pilihan kerana ianya lebih besar dan tidak perlu berjalan agak jauh yang tentu memenatkan.


Terdapat banyak kolam-kolam untuk bermandi manda bersama keluarga. Anda pasti teruja dengan airnya yang jernih. Ada yang dalam dan ada yang cetek untuk dipilih mengikut kesesuaian anda.


Dikatakan kolam tercantik ialah di tingkat ke-empat. Untuk sampai ke tingkat keempa,t anda perlu berjalan kaki sekitar 45 hingga 60 minit.


Jangan lupa untuk ke sini bula berkunjung ke Besut atau Homestay kami bagi menikmati alam semulajadi yang indah dan air terjunnya yang sejuk dan menyegarkan.

No comments:

Post a Comment